Berita Terkini
recent

Kurung Isteri Kerana Cemburu

Kisah percintaan dan perkahwinan antara remaja, Selamat, 16 dengan isterinya, Rohaya, 71, terus menjadi perhatian ramai.

Terbaru, Selamat mengakui dia merupakan seorang yang kuat cemburu dan akan mengurung isterinya di dalam rumah sekiranya dia keluar kerana bimbang ada lelaki lain melihat atau mendekati isterinya.
Mereka yang ditemu bual dalam rancangan Hitam Putih itu mendedahkan kerana rasa cemburu yang sedemikian besar itu merupakan tanda sayang kepada isterinya.

Kini, Selamat mengaku sangat bahagia kerana wanita yang dulu dipanggil bibik ini sudah menjadi isterinya yang sah.

“Cemburuku memang besar ke bunda, ini maknanya kerana aku sayang. Tapi kalau aku tidak cemburu itu bermakna aku tidak mempunyai perasaan pada bunda,” ujar Selamet kepada pengacara yang membahasakan ‘bunda’ kepada isterinya.

Rohaya juga mengaku menyayangi Selamat dan suka dengan cara Selamat kerana menganggap suaminya berbuat demikian kerana cinta dan sayang.

Pernikahan Rohaya dan Selamat menjadi buah bibir masyarakat. Hal itu kerana jarak usia keduanya yang cukup jauh dan umur Selamat yang masih remaja dan dibawah umur untuk menikah.
Namun, setelah Selamat mengugut untuk membunuh diri dengan meminum racun serangga, pernikahan mereka terpaksa dilangsungkan.

Memakan masa selama sebulan untuk mereka melangsungkan pernikahan kerana menghadapi pelbagai halangan.

“Saya setuju sahaja kerana mereka suka sama suka walapupun ada bantahan kerana Selamat dibawah umur,” Ujar Widiya Wati kakak sepupu kepada Rohaya.

Meskipun pernikahan Rohaya dan Selamat terkesan kurang mendapat sokongan dari pihak keluarga, tetapi wanita lanjut usia ini tetap yakin bahawa Selamat adalah jodoh yang ditetapkan Tuhan untuknya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.