Berita Terkini
recent

Kos Perkahwinan Anak Jutawan Rusia Lebih RM42juta Termasuk Bayaran Lady Gaga

'Guni' pendapatan Lady Gaga nampaknya semakin membukit. Pemilik album Joanne ini baru saja memenuhi undangan sebagai penyeri acara perkahwinan mewah anak jutawan Rusia, baru-baru ini.

Tampil dengan persalinan gaun merah menyala, penyanyi yang popular dengan jolokan 'Mother Monster' ini kelihtan menawan.

Lady Gaga membawakan beberapa lagu seperti Marry the Night, Million Reasons dan Bad Romance di pentas Dolby Theatre, Los Angeles, di mana lokasi yang sering digunakan untuk acara anugerah Oscar.

Difahamkan, majlis pernikahan keluarga konglomerat ini menelan kos sekitar USD 10 juta (kira-kira RM42,950,000). Kos tersebut termasuk perbelanjaan untuk makanan, dekorasi dan bayaran penampilan Lady Gaga.

..

Namun, mengeluarkan kos sebesar itu bukan sesuatu yang sukar bagi keluarga pasangan Lolita Osmanova dan Gaspar Avdolyan. Lolita merupakan anak seorang konglomerat di industri tenaga, Eldar Osmanov.

Sementara suaminya, Gaspar Avdolyan merupakan anak Albert Avdolyan, usahawan di bidang telekomunikasi yang tersenarai sebagai individu terkaya di Rusia pada tahun 2013. Kekayaannya mencapai USD 750 juta.

..

Pernikahan tersebut dihadiri ramai selebriti Rusia seperti Svetlana Loboda, Stas Mikhailov, Ksenia Sobchak dan Nikolai Baskov. Cucu perempuan presiden Rusia, Vladimir Putin juga dilaporkan turut ke majlis tersebut.
ot;1" />
Powered by Blogger.