Berita Terkini
recent

King Coco Bakal Timang Anak Lelaki?

Walaupun ada sesetengah netizen yang meragui status kehamilan King Coco dan menganggap baby bump Coco sebagai ‘biskut’, kali ini menerusi akaun suaminya Captain Azrin dia telah membuktikan King Coco benar-benar hamil.

Terdahulu, netizen mempertikaikan tentang perutnya dan mula membuat spekulasi kononnya perut Coco hanya boleh dinampak sekiranya memakai skirt berwarna kelabu.

Beberapa jam yang lalu Azrin telah memuat naik sebuah video live menerusi Instagram menunjukan isterinya itu sedang mendapatkan rawatan imbasan fizikal bayi.

Coco kelihatan teruja untuk mengetahui keadaan kandungannya. Malah dia juga sempat bertanya pada doktor bolehkah mereka mengetahui jantina anak melalui imbasan ini.

“Boleh ke kita tahu jantina anak hari ini?,” tanya Coco pada doktor yang bertugas
Keadaan yang tenang menjadi meriah apabila doktor tersebut mula bertanya apakah jantina yang mereka berdua mahukan.

“Boy… boyy.. ni baby boy…” Jawab Azrin dengan penuh teruja.

Dalam masa yang sama doktor tersebut juga tidak menafikan apatah lagi membantah apabila Azrin meneka jantina itu.

Doktor tersebut juga memberitahu anak dalam kandungan itu sangat aktif dan sedang sibuk mengerakkan tangannya.

Malah Coco juga sempat bertanya adakah anaknya itu dalam keadaan yang baik.
Doktor menjawab “Ya”.

Difahamkan, kini Coco berada di dalam trimester kedua dan perlu hadir lagi sekali untuk chek up seterusnya.

So kepada sesiapa yang was-was dan tidak percaya tentang berita kandungan Coco mungkin boleh mula mempercayai berita tentang kehamilannya.

Apa pun Kakigosip harap Coco sentiasa dalam keadaan yang baik bersama kandungan dan suami.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.