F Kim Jong-un 'tayang' isteri di khalayak umum | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Kim Jong-un 'tayang' isteri di khalayak umum

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un baru-baru ini, menampilkan sosok isterinya di khalayak umum, lapor Huffington Post.

Jong-un menampilkan isterinya Ri Sol-Jul dalam satu majlis perayaan negara, sebagai tanda kejayaan Korea Utara menguji program nuklearnya yang baharu.

Majlis yang dihadiri oleh sejumlah pegawai tertinggi kerajaan dan saintis itu, memperlihatkan sosok Sol-Jul yang anggun menawan memakai busana berwarna biru muda.

Kelihatan dalam majlis itu, dia duduk di samping suaminya dan mengikuti setiap gerak-geri Jong-un.

Sementara itu, memetik laporan Daily Mail, Sol-Jul dilihat mengenakan perhiasan mahal dan membawa beg tangan mahal.
ot;1" />
Powered by Blogger.