Berita Terkini
recent

Kesihatan Mus makin baik walau tak sedarkan diri

"SEKEJAP tadi melawat Abang Mus, dia masih tidak sedar lagi, tapi plateletnya hari ini (semalam) ada tanda positif, semalam 9 hari ini 15," demikian respon isteri Mus May, Suraya Bahari berhubung perkembangan tahap kesihatan suaminya yang kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang.

Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, dimasukkan ICU Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang pada Isnin selepas mengalami demam panas.

Jelas Suraya lagi, dia masih tidak pasti mengenai tahap kesihatan suaminya itu, cuma katanya sekiranya platelet Mus menunjukkan tanda semakin positif, tahap kesihatan Mus mungkin bertambah baik.

"Hendak cakap stabil pun tidak tahu la, sebab dia masih tidak sedar lagi, cuma akak harap sangat platelet dia tidak 'drop' kalau hari-hari ada peningkatan akak lega sikit, macam hari ini (semalam) ada naik sikit," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini memetik laporan media tempatan, doktor mengesahkan Mus mengalami antibodi badan yang lemah dan kekurangan enzim dalam darah sehingga menyebabkan dia menjadi terlalu lemah.

Difahamkan, Mus perlu menjalani rawatan plasma exchange bagi meningkatkan sel darah merah dalam badan.

Sebelum itu, penyanyi tersebut diletakkan dalam keadaan koma bagi membolehkannya berehat.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.