Berita Terkini
recent

Kes Diugut Simbah Asid: Twice Dikawal Ketat

Baru-baru ini peminat kumpulan Twice dikejutkan dengan berita ancaman yang dibuat oleh pengguna Ilbe. Di forum tersebut, individu berkenaan mengancam mahu menyimbah anggota Twice dengan asid klorid.

Punca ugutan tersebut gara-gara Twice bakal melebarkan sayapnya ke dunia muzik negara Jepun. Para haters diramalkan akan bertindak seberani itu sebaik saja Twice kembali ke Korea nanti.

Sedia maklum dengan berita ancaman ini, agensi JYP Entertainment segera mengambil tindakan tegas. Demi menjaga keselematan artis-artisnya, pihak agensi terus memperketat kawalan keselamatan ketika para pelantun lagu Signal itu bakal kembali ke Korea Selatan.

"Kami akan memperketatkan kawalan keselamatan saat mereka pulang nanti. Kami juga akan mengambil langkah umum setelah melakukan pengecaman identiti pengguna yang memberikan ancaman tersebut," ujar agensi.

Sebelumnya, salah seorang anggota, Mina, menerima ancaman bunuh dari pengguna Ilbe. Bagaimanapun, individu terbabit mengakui tindakannya itu hanya satu gurauan. Pengguna tersebut turut menerima kecaman daripada netizen.

Powered by Blogger.