F Kes Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Meningkat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Kes Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Meningkat

Kes membabitkan cincin buatan sendiri tersangkut pada kemaluan lelaki di negeri ini meningkat kepada10 kes berbanding 3 kes tahun lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda berkata, jumlah peningkatan ini membimbangkan kerana kebanyakan individu terbabit melakukannya disebabkan pengaruh kawan.

Katanya kebanyakan mangsa berusia sekitar 20-an hingga 30-an dan terpengaruh dengan rakan sebaya yang sudah berjaya ‘mencipta’ kejayaan menggunakan cincin sama ada buatan sendiri.
Menurutnya, terdapat individu yang sekadar ingin mencuba tetapi masalah lain yang berlaku apabila cincin berkenaan tidak dapat ditanggalkan.

=Beliau berkata, kejadian itu berkemungkinan lebih banyak berlaku dan ada yang tidak memanggil anggota bomba untuk membantu.

“Berdasarkan rekod, kes yang paling banyak diterima adalah di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani iaitu sebanyak lima kes, BBP Kulim Hi Tech (dua kes), BBP Alor Setar (satu), BBP Jalan Raja (satu) dan BBP Guar Chempedak (satu).

“Tahun lalu, kita menerima tiga kes iaitu masing-masing satu di BBP Kulim Hi Tech, BBP Alor Setar dan BBP Yan,” katanya ketika ditemui di sini pada majlis Jamuan Aidilfitri peringkat nergeri di Ibu Pejabat JBPM Kedah, Jalan Tun Razak.

Abdul Razak berkata, pihaknya mempunyai alat pemotong cincin untuk menanggalkannya atau sebarang jenis nat logam yang tersangkut pada kemaluan atau di jari.

“Kebiasaannya kebanyakan kes yang berlaku, mangsa akan terus ke klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan anggota kami hanya dipanggil untuk memotong cincin berkenaan.

“Ada juga yang datang sendiri ke balai bomba untuk mendapatkan bantuan memotong cincin dan anggota kami dari Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) pula akan memberi rawatan awal sebelum mangsa merujuk ke hospital jika berlaku pendarahan,” katanya.

Katanya, operasi biasanya mengambil masa antara 20 minit bergantung pada ketebalan cincin berkenaan.

“Ada mangsa yang menggunakan nat jenis logam dan sebagainya yang sukar ditanggalkan dengan mudah,” katanya.
ot;1" />
Powered by Blogger.