Berita Terkini
recent

Kereta Dipandu Hilang Kawalan, Chris Hemsworth Rempuh Dinding

Keseronokan Chris Hemsworth yang berpeluang memandu kereta Formula E (ePrix) di litar New York City pada 16 Julai lalu tidak berpanjangan sebaliknya ia berakhir dengan satu tragedi.

Aktor berusia 33 tahun ini agak malang apabila kereta yang dipandunya berputar dan terus melanggar dinding jalan. Momen tersebut sempat dirakam oleh pihak Formula E.

Dalam video berkenaan, bintang filem Thor ini dipercayai tiba-tiba hilang kawalan ketika sedang memandu. Akibatnya dia merempuh dinding di tepi jalan sebelum kenderaanya berputar-putar di lintasan.

Bagaimanapun ayah kepada tiga cahaya mata ini bernasib baik kerana tidak mengalami luka akibat kejadian tersebut. Keadaan kenderaan yang dipandu juga tidak rosak teruk.

Selepas insiden itu, abang kepada Liam Hemsworth ini terus berhenti daripada meneruskan perlumbaan.

..

Chris sebenarnya bukanlah asing dalam arena sukan perlumbaan kereta. Sebelum ini dia pernah melakonkan watak sebagai James Hunt seorang pelumba kereta Formula 1 dalam filem Rush (2013).

Powered by Blogger.