Berita Terkini
recent

Kematian Thaqif bukan kena pukul

Polis Johor akan mengemakini kertas siasatan bagi mendapatkan arahan lanjut dari Timbalan Pendakwa Raya berhubung kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, langkah itu susulan laporan perubatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan ke atas pelajar tahfiz itu

"Berdasarkan laporan Perubatan tersebut, pihak polis akan mengemaskini kertas siasatan untuk mendapat arahan lanjut dari timbalan pendakwa raya," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 5 Julai lalu, memaklumkan hasil keputusan bedah siasat dijalankan didapati pelajar tahfiz terbabit meninggal dunia disebabkan penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang ditularkan.

Dalam kenyataan itu, dimaklumkan penyebab kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya melibatkan kegagalan organ untuk berfungsi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.