F Kecoh Video Siti Sarah Peluk Shuib | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Kecoh Video Siti Sarah Peluk Shuib

Sebelum ini, tular video kemesraan Sharnaaz Ahmad bersama isterinya, kini terjadi pada pasangan Shuib dan Sarah pula.

Sarah atau nama sebenar Siti Sarah Raissuddin memuatnaik video dia bersama Shuib dengan aksi manja berpelukkan sambil menyanyikan lagu Beyonce berjudul Hello.

Sarah dan Shuib sememangnya dikenali dengan sikap romantis dan penyayang. Mereka pun sudah mengharungi hidup sebagai suami isteri selama enam tahun.

Namun, ada juga peminat yang merasakan aksi manja Sarah seperti keterlaluan dan tidak sesuai ditayangkan sebegitu di hadapan umum.

“ Adoii sarah, makin lame makin over pulak, kat sini memang orang tak berani comment takut kena block. Kat fb tu ha sume orang kutuk awak..over, ”

Sarah dalam responnya di ruangan komen mengakui tidak peduli dengan kritikan negatif malah dia juga telah memberi kenyataan balas di ruangan komen kepada individu yang mengatakan tindakannya keterlaluan itu.


“Sarah dah biasa kena kutuk, dari kecil dah biasa kena buli. Jadi kalau macam sekarang ni apa lah sangat, sebenarnya awak yang pilih untuk nak tengok macam mana. Mungkin ada banyak isteri yang kurang peluk suami pada hari tu . Dengan tengok sarah mungkin die peluk suami dia,” ujarnya menjawab kata-kata tersebut.

Namun, rata-rata netizen lebih ramai yang tertarik melihat kemesraan mereka berdua yang sudah lama dalam melayari bahtera perkahwinan dan netizen mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke jannah.

Walaubagaimanapun tak salah kongsi saat-saat bahagia dengan peminat kan? Suami isteri begini la, kena sentiasa menyemarakkan rasa cinta di antara satu sama lain.
ot;1" />
Powered by Blogger.