F “Kawan kata ada ‘ambush’ malam ni...” | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

“Kawan kata ada ‘ambush’ malam ni...”

“Kawan kata ada ‘ambush’ (operasi) malam ini, sebab itu saya datang nak tengok,” demikian alasan seorang remaja yang dikenali sebagai Nizam berusia 15 tahun yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Kesas, dekat sini, awal pagi tadi.

Menurutnya, dia hanya dimaklumkan dakwaan itu melalui pesanan WhatsApp oleh rakannya.

“Lepas saya diberitahu oleh kawan-kawan, saya dan abang datang ke sini untuk lihat sama ada betul atau tidak apa yang dikatakan itu.


“Kami berdua bertolak keluar dari rumah tanpa pengetahuan ayah dengan menaiki motosikal Yamaha Lagenda,” katanya ketika ditanya anggota trafik yang menjalankan proses dokumentasi.

Bagaimanapun, ketika diminta untuk menunjukkan pesanan WhatsApp itu, remaja itu cuba menipu dengan memberitahu telefon bimbitnya kehabisan bateri.

“Telefon saya habis bateri ni cik (polis). Tak boleh nak buka,” katanya.

Tapi, setelah diperiksa, dakwaan remaja yang masih berlajar di sebuah kolej di Klang itu hanya sekadar menipu dengan harapan kononnya dapat terus dilepaskan apabila telefon yang dikatakannya kehabisan bateri dilihat masih berfungsi selain gagal menunjukkan pesanan WhatsApp daripada rakannya itu.


Antara motosikal yang diangkut sebelum dibawa ke IPD Klang Selatan untuk diperiksa.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad berkata, operasi dijalankan bermula jam 12.30 tengah malam tadi, seramai 10 individu berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun telah ditangkap kerana memandu secara melulu dan dipercayai terlibat dalam lumba haram.

“Mereka ini akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi yang tamat kira-kira jam 7 pagi ini, seramai 114 orang telah diperiksa.

“Sebanyak 59 motosikal telah disita daripada 107 buah yang diperiksa.

“Selain itu, polis telah mengeluarkan sejumlah 159 saman atas pelbagai kesalahan seperti lesen memandu, cermin sisi, cukai jalan, dan ubahsuai motosikal,” katanya.

Tambahnya, operasi sedemikian akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti tidak sihat kegiatan lumba haram khususnya di Selangor.
ot;1" />
Powered by Blogger.