Berita Terkini
recent

Kasihan Abby Abadi, Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Usaha Abby Abadi untuk memperolehi cahaya mata hasil perkahwinan terbaharunya gagal apabila bayi yang dikandungkan meninggal dunia.

Suaminya Muhammad Faizal Zakaria memberitahu, isterinya baru sahaja dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta pada Isnin bagi proses mengeluarkan janin.

"Usia kandungan isteri saya sudah memasuki lima bulan dan bayi sudah mempunyai cukup sifat.
"Semalam ketika membuat pemeriksaan di sebuah klinik, doktor mendapati bayi berkenaan sudah tidak bergerak," katanya.

Tambahnya, Abby kini berada dalam keadaan stabil namun doktor harus mengeluarkan janin tersebut secara normal.

"Kami masih terkejut dan bersedih, mungkin belum ada rezeki dan kami reda," ujarnya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 40,  berkahwin dengan Muhammad Faizal, 43, pada 14 Ogos 2015 iaitu perkahwinan ketiganya.

Sebelum itu dia berkahwin dengan aktor Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10, dan Maria Danisha Hakim yang kini berusia tujuh tahun.

Pasangan itu bercerai pada tahun 2008.

Dia kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.