Berita Terkini
recent

Kareena Kapoor Nafi Abai Anak

Pelakon wanita dari Bollywood yang sering mendapat tempat di hati peminat dengan lakonan hebatnya, Kareena Kapoor menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya telah mengabaikan anak sulungnya demi kecantikan.

Selepas dua bulan melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama Taimur, Kareena telah mula pergi ke gimnasium untuk mendapatkan semula bentuk badan idealnya.

Namun ada di antara netizen yang mengecam tindakkannya itu dengan memberikan komen bahawa Kareena telah meninggalkan anaknya untuk pergi ke gim.

Kata Kareena setelah membaca komen tersebut dia merasakan itu adalah komen yang paling tidak masuk akal dia rasakan.
“Saya merasakan itu adalah komen yang tidak masuk dek akal fikiran. Ada anak tak bermakna kita tak boleh kelihatan cantik.

“Bagi saya jika badan kita sihat makan pemikiran kita juga akan sihat dan bagus, itu juga secara automatik dapat membuatkan anak kita sihat sekali,” jelasnya.

Kareena berkata, anaknya sentiasa gembira dan semua orang di sekelilingnya juga turut gembira dan saya tidak merasakan sebarang tekanan malah dia merasakan dirinya lebih santai sekarang ini.
Apapun setiap wanita di dunia ini pasti mahu kelihatan cantik walaupun setelah bergelar ibu. Kecantikan itu merupakan satu kepuasan untuk kaum wanita. Jadi tidak salah untuk Kareena mendapatkan semula bentuk badanya itu.

Terdahulu pada pada penghujung tahun lalu, Kareena telah melahirkan bayi sulungnya hasil perkahwinannya dengan pelakon lelaki Bollywood, Saif Ali Khan.

Kelahiran Taimur di hospital Breach Candy ini telah mendapat perhatian ramai dan hanya dengan sekelip mata statusnya di akaun Twitter yang tertulis nama anak mereka adalah Taimur Ali Khan Pataudi menjadi trending di Twitter.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.