Berita Terkini
recent

Kalau nak tangkap saya, tangkaplah...

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyangkal dakwaan beliau bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang ditangkap ekoran siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas kerugian Bank Negara Malaysia.

Sambil menafikan perkara berkenaan, menurut Mahathir, kerjasama dengan Anwar itu adalah kerana kedua pihak mempunyai matlamat sama, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, beliau tidak akan dipesongkan dari tujuan berkenaan walau apa sekalipun ugutan yang diterimanya.

"Kita berani walaupun ugutan tangkap dibuat, walaupun badan tertentu ditubuh untuk mengkaji kesalahan pemimpin dahulu, kononnya hendak tangkap orang ini.

"Kalau Najib nak tangkap saya, tangkaplah. Perjuangan kita tidak akan disiakan hanya kerana tiada pemimpin kerana apa yang lebih penting adalah matlamat perjuangan.

"Matlamat perjuangan kita adalah mulia iaitu untuk selamatkan rakyat daripada penindasan oleh seorang yang begitu tamak sehingga sanggup menyalahgunakan kuasa," katanya semasa majlis rumah terbuka Hari Raya Bersatu Melaka di sini malam kelmarin.

Turut hadir termasuklah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Bersatu Melaka, Mohd Redzuan Yusof.
ot;1" />
Powered by Blogger.