Berita Terkini
recent

Justin Bieber Buat Peminat Cemburu

KACAK, berpengaruh dan popular, Justin Bieber sememangnya diketahui antara bintang muda terkaya di dunia.

Malah sejak di awal kemunculannya lagi, bekas kekasih Selena Gomez ini sudah berjaya mencairkan hati ramai orang terutama para gadis.

Ditambah pesona ketampanan dan lagu-lagu indahnya, Justin dengan mudah mencuri hati sesiapa sahaja yang dia mahu di kalangan peminat-peminatnya sehingga ada yang makan hati dibuatnya.



Dan baru-baru ini, figura tersohor ini sekali lagi membuatkan hati para gadis terluka. Mana tidaknya, kelibat pelantun lagu Love Yourself ini sedang berjalan-jalan santai dengan dua orang gadis di kawasan selatan Perancis telah dirakam paparazi.Menerusi foto tersebut, Justin yang hanya berseluar pantai dilihat agak mesra dengan tangan diletakkan di bahu kedua-dua gadis di sebelahnya sambil berbual mesra.

Hal ini pastinya membuatkan ramai yang cemburu sekali gus mengundang pertanyaan peminat-peminat tegarnya siapakah dua gadis di sisi Justin?

Adakah sekadar teman biasa atau lebih istimewa? Persoalan ini hanya Justin yang ada jawapannya.


ot;1" />
Powered by Blogger.