F Johan Rancang Ikuti Kursus Lakonan di Rusia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Johan Rancang Ikuti Kursus Lakonan di Rusia

Johan As'ari bercadang untuk mengikuti kursus jangka pendek di sebuah akademi lakonan di Rusia.

Memetik laporan mStar online, hal itu dicadangkan oleh rakan baiknya iaitu Zahiril Adzim memandangkan kursus lakonan di negara itu antara yang terbaik.

"Insya-Allah ada perancangan untuk ambil kursus singkat dan kebetulan Zahiril mencadangkan saya pergi ke Rusia untuk belajar.

"Cuma sekarang saya perlu buat persediaan belajar bahasa Rusia sebelum berangkat ke sana dan tujuan saya ingin mendapatkan ilmu terbaik dalam meningkatkan mutu lakonan saya.

"Jika tiada halangan saya bercadang untuk pergi pada tahun ini juga," katanya.

Dalam pada itu pelakon berusia 31 tahun ini dia pernah merasakan dirinya dieksploitasi oleh sesetengah pihak sehingga menyebabkan dia banyak tersalah langkah dalam kariernya.

"Masa mula-mula saya terlibat dalam bidang lakonan saya tidak mempunyai pengalaman dan ilmu jadi saya ikut sahaja apa diberikan orang kepada saya.

"Sehingga ada beberapa projek drama yang saya lakukan sebenarnya tidak sesuai dengan saya dan ia telah memberi impak negatif kepada nama saya.

"Ada ketikanya saya rasa seperti dieksploitasi oleh sesetengah pihak kerana pada satu tahap populariti saya sedang meningkat naik dan ada juga yang tidak ikhlas," tuturnya.

Tidak pernah menyesal dengan kesilapan lalu sebalik Johan menganggap ia sebagai pengajaran dalam mematangkannya.

ot;1" />
Powered by Blogger.