F Jibriel Khan Pelengkap Hidup Shahrul & Fatin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Jibriel Khan Pelengkap Hidup Shahrul & Fatin

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Jumaat.

Shahrul mendedahkan berita gembira itu menerusi Instagram kira-kira 30 minit lalu dan memberitahu isterinya, Fatin Amira Zainal Abidin dan bayi mereka kini berada dalam keadaan baik.

Bekas tunang kepada penyanyi Adira itu turut berkongsi nama anaknya iaitu Jibriel Khan kepada pengikutnya di laman sosial itu.

"Baby @jibriel.khan dan Mommy @amyerazainal selamat dan sempurna. Amin.

"Terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat yang mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu lagi, Fatin selamat melahirkan bayi pertamanya itu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Malah Shahrul turut mewujudkan akaun rasmi Instagram untuk bayi lelakinya itu yang sehingga kini sudah pun mempunyai 6,906 pengikut.

Shahrul dan Fatin disatukan sebagai suami-isteri pada 20 Mei tahun lalu.


ot;1" />
Powered by Blogger.