Berita Terkini
recent

Janna Nick Jamin Tiada Cinta Lokasi Dengan Fattah Amin

Tidak lama lagi sebuah drama Korea yang pernah menjadi popular suatu ketika dulu yang berjudul Coffee Prince bakal diadaptasi semula dan pelakon yang dikatakan akan menjadi hero dan heroin drama ini adalah, Fattah Amin dan juga Janna Nick.

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, setiap drama yang melibatkan Fattah sebagai hero pasti akan adanya gosip yang timbul seperti cinta lokasi bersama pasangan heroinnya.

Jika sebelum ni Fattah telah dikaitkan dengan cinta lokasi bersama Neelofa dan yang terkini adalah Fazura. Tapi adakah ianya akan terjadi diantaranya dengan Janna?

Ramai yang bimbang perkara itu berlaku namun Janna tampil dan mengatakan dia jamin perkara tersebut tidak akan terjadi.

Menurut sebuah portal hiburan, Janna tidak menafikan bahawa dirinya juga turut dikaitkan dengan cinta lokasi ini sampai ada yang bimbang perkara itu benar-benar berlaku.

“Bila timbul isu Fattah akan jadi hero drama tersebut, tidak dinafikan saya turut dikaitkan dengan dia sehingga ramai yang bimbang terjebak dengan cinta lokasi.

“Ia selepas wujudnya fenomena Lofattah dan Fattzura. Saya jamin cinta lokasi itu tidak akan terjadi. Bukan hendak cakap besar, kalau benar ia hendak terjadi.

“Sudah lama saya terjebak dengan cinta lokasi. Lebih baik elak, tidak kisah siapa hero yang akan bersama saya dalam drama itu, saya tidak ada masalah untuk jalan komitmen dalam lakonan,” katanya memetik sebuah akhbar mingguan.

Nampaknya Janna benar-benar yakin bahawa isu cinta lokasi antara dirinya dengan Fattah tidak akan terjadi sama sekali.

Walaupun drama ini belum lagi memulakan penggambaran namun telah banyak yang kita dengar tentang drama ini yang sering dikaitkan dengan Fattah setelah netizen mengetahui dirinya bakal menjadi hero drama tersebut.

Rata-rata peminat tegar drama Korea mengatakan bahawa watak utama itu tidak sesuai dengan Fattah.

Ada juga yang mengatakan bukan mereka bencikan Fattah tetapi mereka memberitahu bahawa mereka sudah jemu melihat wajah Fattah sahaja kebelakangan ini yang menjadi hero drama.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.