Berita Terkini
recent

Jangan terlalu percaya dengan Mahathir!

Pakatan Harapan dinasihatkan agar tidak terlalu mempercayai dengan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Pengerusi Bersatu itu seringkali membuat pusingan U selama berada dalam dunia politik.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, sejak berada dalam Umno, Mahathir dilihat beberapa kali keluar dan masuk semula parti itu mengikut selera hatinya.

"Jika kita lihat, beliau pernah dipecat dari Umno pada 1969 dan selepas itu masuk semula. Beliau sekali lagi keluar Umno pada zaman Pak Lah, masuk balik zaman Najib, dan kini keluar semula (Umno). Disini jelas menunjukkan, keluar masuk Umno dah jadi perkara biasa bagi Tun Mahathir.

"Sebab itu saya ingin mengingatkan Pakatan Harapan, jangan terlalu percaya sangat dengan beliau sebab nanti beliau buat u turn lagi. Dan jangan terkejut jika beliau masuk Umno semula selepas ini," katanya kepada media hari ini.

Zainal Abidin ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Umno Pulau Pinang yang dihadiri lebih 4,000 pengunjung yang diadakan di Menara Umno di sini, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abas bersama isteri, Toh Puan Majimor Shariff dan beberapa pemimpin Umno negeri lain.

Sehubungan itu, Zainal Abidin berkata, semua kenyataan yang dibuat Mahathir tidak boleh dipercayai kerana disifatkan 'bermain wayang' semata-mata.
ot;1" />
Powered by Blogger.