Berita Terkini
recent

Jaejoong (JYJ) Terpotong Ibu Jari Sendiri

Bintang popular Kim Jaejoong mengalami kecederaan pada ibu jari tangan kirinya ketika sedang menjalani penggambaran drama terbaharu, Manhole, baru-baru ini.

Menurut agensi pengurusannya C-JeS Entertainment, anggota kumpulan JYJ itu secara tidak sengaja terpotong ibu jari kirinya ketika hendak membuka sebotol minuman soju, ketika melakonkan salah satu babak dalam drama tersebut. Akibatnya, dia menerima tujuh jahitan

Selepas menarima rawatan, Jaejoong direhatkan selama satu hari sebelum semula kembali ke set penggambaran.

"Disebabkan kecederaan itu tidak serius, dia (Jaejoong) memutuskan untuk kembali ke penggambaran selepas hanya satu hari berehat kerana dedikasinya untuk drama itu tambahan banyak adegan yang melibatkannya," kata agensi menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 18 Julai lalu.

Jaejoong, yang baru selesai menjalani latihan ketenteraan pada Disember lalu, akan membuat kemunculannya menerusi drama 'Manhole'.

Drama komedi tersebut berkisar sekeliling seorang lelaki yang tidak bekerja, Bong Pil (lakonan Jaejoong) yang jatuh ke dalam satu lubang yang maan membawa dia kembali ke masa lalu dan percubaannya untuk menghentikan sebuah perkahwinan.

Drama terbitan KBS itu turut dibintangi barisan pelakon seperti UEE Baro (B1A4), dan Jung Hye Sung.
Powered by Blogger.