F Jaa Suzuran Masuk Rumah Shah Rukh Khan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Jaa Suzuran Masuk Rumah Shah Rukh Khan

IMPIAN untuk bertemu bintang Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) akhirnya tercapai selepas berpeluang menemuramah aktor itu di kediamannya, di Mumbai, India pada Ahad.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23, menerusi laman sosial Instagramnya meluahkan rasa terharu dengan sikap rendah diri pelakon yang terkenal dengan filem Kuch Kuch Hota Hai.

"Misi 90 peratus berjaya. Terima kasih bos kerana merealisasikan impian saya menjadi kenyataan. Akhirnya dapat berjumpa Shah Rukh Khan, dia seorang lagenda dan superstar tapi dia seorang yang merendah diri.

"Bayangkan pukul 1 pagi dapat temuramah di rumahnya di Mannat. Terima kasih kepada Sony Music India. Hanya saya seorang yang paling bertuah dalam dunia diberi peluang bertemu Shah Rukh Khan di kediamannya, malam tadi
.
"Terima kasih dan tunggu untuk tonton video temuramah tersebut," ujarnya.

Foto yang dimuat naik pada petang Ahad itu mendapat lebih 30,000 'likes' dan 900 komen daripada pengikutnya.

Jaa bertolak ke Mumbai, India pada malam Khamis lalu untuk program sesi temubual khas bersama Datuk Shah Rukh Khan bagi mempromosikan filem terbaharunya bertajuk Jab Harry Met Sejal.

Terdahulu, Jaa mengalami kemalangan motosikal pada 9 Julai lalu yang mengakibatkan lutut kaki kanannya retak. Bagaimanapun, kejadian itu tidak menghalang misinya untuk bertemu aktor kesayangannya itu.

Rakaman temubual tersebut akan disiarkan di Era FM dalam masa terdekat, selain akan dijadikan sebagai program #Jaaroadtosrk  yang akan bersiaran menerusi platform digital.
Selain SRK, bintang antarabangsa lain yang pernah ditemubualnya ialah Jackie Chan dan Ed Sheeran.


ot;1" />
Powered by Blogger.