Berita Terkini
recent

Isteri Hafiz Hamidun Mohon Maaf, Mengaku Khilaf

Usahawan kosmetik, Joy Revfa yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun mengakui berlaku kekeliruan berhubung isu suaminya disekat daripada mengikuti akaun Instagramnya.

"Sebenarnya berlaku sedikit kekeliruan, itu saja. Buat masa ini saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut bagi menjaga rumah tangga," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Terdahulu, heboh di media sosial apabila gambar promosi produk kelolaan usahawan wanita yang dicop seksi tersebar sekali gus dianggap tidak bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.

..

Lebih mengelirukan apabila Hafiz pula memaklumkan dia tidak tahu menahu mengenai gambar itu selepas mendakwa disekat daripada melihat akaun Instagram isteri sendiri.

"Gambar yang saya kongsi itu berada di papan iklan untuk promosi produk Merve sejak awal tahun ini, iaitu sebelum mendirikan rumah tangga dengan Hafiz.

"Bahagian dada saya pula sudah dipotong supaya tidak menonjol. Kontroversi timbul apabila netizen melihat gambar itu dalam bentuk penuh. Apa pun saya memohon maaf atas kekhilafan memuat naik gambar terbabit untuk tujuan promosi produk di Instagram.

"Gambar berkenaan sudah saya padamkan dan berharap perkara terbabit tidak lagi dipanjangkan," kata Joy.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin bernikah dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.