Berita Terkini
recent

Iqram Dinzly Beraya Di Hospital

Lima hari sebelum seluruh umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri, ayah kepada pelakon lelaki, Iqram Dinzly telah dimasukkan ke hospital selepas diserang strok.

Ayah Iqram mengalami lumpuh separuh badan dan kini masih mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, kini masih lagi menjaga ayahnya biarpun terpaksa berhari raya di hospital.

Menurut Iqram, ayahnya telah menghidap penyakit kencing manis sejak berbelas tahun lagi dan selain penyakit kencing manis, ayahnya juga menghidap penyakit darah tinggi.

“Malangnya, penghujung bulan Ramadan dia diserang strok separuh badan,” ujarnya.
Dia bersyukur kini kesihatan ayahnya sudah semakin pulih dan Iqram juga mengatakan dia telah mengorbankan masa sepenuhnya untuk menjaga ayahnya di hospital bersama ibunya.

“Manakala malam pula, akan bergilir dengan adik beradik yang lain untuk teman ayah tidur.

“Walaupun kami sekeluarga terpaksa beraya di hospital tapi bagi saya ia satu pengalaman yang luar biasa dapat menjaga ayah.

“Ayah tak boleh bercakap seperti biasa dan pergerakannya juga terbatas membuatkan perasaannya tertekan.

“Mak pula nampak kuat tapi saya tahu dia risau dengan keadaan ayah,” katanya lagi.

Katanya lagi, dia perlu berfikiran positif dan reda dengan ujian serta dugaan yang menimpa dirinya juga keluarga. Tambahnya lagi, apa yang terjadi ini menjadikan dirinya lebih matang.
“Apabila benda ini jadi, saya perlu sentiasa positif. Bila kita berserah, Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan mudah.

“Banyak juga perkara baru yang saya belajar sepanjang di hospital ini.

“Jururawat, doktor dan pesakit di sini banyak bantu beri nasihat dan cara menjaga orang lumpuh.

“Pengalaman sebegini membuatkan saya lebih matang dan dewasa dalam menguruskan hal keluarga,” ujarnya.

Kami di Kakigosip mendoakan agar kesihatan ayah Iqram segera pulih dan sihat seperti sediakala.
ot;1" />
Powered by Blogger.