Berita Terkini
recent

Ibu Mertua Tergamam Tengok Tatu Lee Hyori

Ketika menjadi tetamu undangan untuk program 'Radio Star' minggu lalu, penyanyi seksi Lee Hyori berkongsi satu kejadian di mana dia pergi ke sauna dengan ibu mertuanya.

"Saya pergi bercuti musim panas dengan ibu mertua saya buat kali pertama," dia mula berkata, "Sangat memalukan untuk pergi ke sauna awam kerana harus telanjang, tetapi saya juga mempunyai banyak tatu di badan saya,"

"Saya suka penyu, ular dan semua lukisan dakwat lain pada badan saya," kata penyanyi yang baru saja muncul dengan single terbaru berjudul Black ini.

"Walaupun ibu mertua saya tidak berkata apa-apa kerana beliau sangat menyayangi saya, tetapi saya fikir dia mungkin terkejut melihat tatu saya," tuturnya lagi sambil tertawa.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.