F Hattan, Nash Tunai Haji | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Hattan, Nash Tunai Haji

Pastinya rukun Islam yang kelima ini menjadi impian buat semua umat Islam iaitu mengerjakan haji.
Sudah tertulis rezeki buat dua penyanyi lagenda rock tanah air, Datuk Hattan dan Datuk Nash bakal menunaikan haji pada 24 Ogos ini.

Hattan mengatakan dia telah menerima berita gembira ini sebelum bulan Ramadan yang lalu, dan dia sanggup menolak tawaran menyanyi untuk persembahan di Sukan SEA 2017 nanti.

“Saya dapat perkhabaran nama terpilih untuk buat Haji sebelum bulan Ramadan dan ia berita paling menggembirakan!

“Malah saya sanggup tolak tawaran mengadakan persembahan di Sukan SEA dan pada tahap ini tiada yang lebih penting daripada mengerjakan Haji.

“Ia bukan peluang yang datang begitu sahaja sebaliknya kalau tidak diizinkan Allah ia tidak akan berlaku,” katanya.

Kata Hattan, dia sudah terlalu kama menyimpan hasrat untuk mengerjakan haji dan dia bersyukur impiannya ini menjadi kenyataan.

Bagi Nash juga peluang untuk mengerjakan haji ini adalah impiannya dan dia sangat merindui kota Makkah dan Madinah.

“Makkah dan Madinah adalah tempat paling dirindui dan izin-Nya, Insya-Allah dapat kami mengerjakan haji tahun ini dan ia adalah impian saya,” katanya.

Menurut Nash lagi, dia tidak menyangka impiannya untuk melaksanakan rukun Islam kelima pada tahun ini.

“Walaupun pasang impian hendak buat Haji tetapi memang saya tak rancang akan pergi tahun ini dan ini adalah perancangan daripada Allah.

“Insya-Allah pengalaman melakukan Umrah dua kali sebelum ini diharap dapat membantu melancarkan ibadah Haji nanti namun saya tetap akan menghadiri kursus,” jelasnya.

Kedua-dua penyanyi pujaan ramai ini juga turut mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada semua sekiranya mereka pernah melakukan kesalahan.

Semoga segala urusan dua bintang rock negara ini dipermudahkan.
ot;1" />
Powered by Blogger.