F Hadi serlah kejahilan terhadap prosiding DOJ | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Hadi serlah kejahilan terhadap prosiding DOJ

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai prosiding saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menunjukkan kejahilan beliau.

Menurutnya, tuduhan Abdul Hadi mengenai campur tangan asing itu jelas disebabkan kekurangan maklumat ataupun kerana ingin mengalih tumpuan isu sebenar.

"Hakikatnya DOJ menggunakan prosedur biasa untuk mendapatkan kembali wang tersebut, sepatutnya, beliau (Hadi Awang) melihatnya dari sudut pandang positif.

"Saya yakin tiada rakyat Malaysia yang mahukan campur tangan negara asing dalam urusan negara namun bantuan perlu diberikan dalam siasatan seperti kes ini demi menjaga maruah negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu,  Abdul Hadi ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik sebagai  ‘tidak beriman dan budiman’.

Dalam pada itu, Pas turut kesal apabila isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan campur tangan negara luar sedangkan tindakan itu boleh merugikan Malaysia.

Pas kesal campur tangan asing dalam isu 1MDB

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas secara jelas menolak 1MDB kerana ia didakwa merupakan satu perniagaan yang salah, sama ada dari sudut syarak atau hukum perniagaan.

Tambahnya Mujahid lagi, pemimpin seharusnya tegas dalam isu ini kerana ia bakal mendatangkan kesan besar pada negara.

"Ketegasan ini bukan bermakna kita tunduk kepada DOJ atau kuasa asing tetapi sebagai  untuk menyelamatkan kekayaan negara .

"Justeru, negara Malaysia perlu kepimpinan yang bersih dari rasuah, berwawasan, berhati rakyat dan membina semula negara ini dengan semangat yang baru," katanya lagi.
ot;1" />
Powered by Blogger.