F Gosip Bercinta Dengan Bekas Suami Aktres Tidak Benar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Gosip Bercinta Dengan Bekas Suami Aktres Tidak Benar

Aktres popular, Nelydia Senrose, 23, menyifatkan hubungannya dengan seorang lelaki yang juga merupakan bekas suami seorang aktres terkenal, sebagai tidak lebih daripada rakan biasa.

Memetik laporan BH online, pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini sekaligus menyangkal dakwaan dia kononnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkenaan.

"Memang saya ada terdengar gosip kononnya saya bercinta dengan lelaki berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang bertanyakan hal itu kepada saya, kerana kononnya mereka nampak saya keluar dengannya.

"Jujur saya katakan di sini, saya memang tiada sebarang hubungan dengan lelaki dimaksudkan itu. Malah, saya sendiri hairan macam mana perkara seperti ini boleh tersebar?

"Saya akui, kami memang berkawan, tetapi setakat rakan biasa saja. Kalau keluar pun, kami berbuat demikian secara beramai-ramai dan saya ditemani kakak serta adik. Kami tidak pernah keluar berdua," katanya.

Nelydia menegaskan statusnya masih solo selepas gagal dalam percintaan sebelum ini.
ot;1" />
Powered by Blogger.