F Giliran Sajat Dilamar Syarikat Rakaman | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Giliran Sajat Dilamar Syarikat Rakaman

Nampaknya kebanyakan pengasas produk kecantikan kini bersungguh-sungguh untuk menceburi bidang hiburan tanah air bagi memperluaskan lagi empayarnya.

Jika sebeum ini ramai yang mengetahui Datuk Alif Syukri sedang sibuk menjalani pengambaran sebuah filem serta drama manakala Datuk Seri Vida pula sibuk mempromosikan lagu terkininya yang sedang viral.

Kini Nursajat juga tidak ketinggalan berkongsi cerita sedang ‘dilamar’ oleh sebuah syarikat rakaman.
Melalui sebuah posting di Instagram Sajat telah berkongsi sekeping gambar keratan portal sebuah akhbar yang menggunakan headline “Nur Sajat ‘dilamar’ syarikat rakaman”

Difahamkan Sajat telah bersetuju untuk merakamkan sebuah lagu bersama usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri sebagai salah satu strategi pemasaran untuk perniagaannya.

Menurut temu bual tersebut lagi Sajat dikatakan telah menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka dan menganggap ia sebagai satu peluang yang sangat berharga.

Malah dia juga mengatakan bersedia untuk menghadiri kelas latihan vokal jika confirm seperti yang dirancang.

Seperti biasa, Sajat tidak terkecuali menjadi mangsa keyboard warrior dan dipandang rendah dengan kebolehannya dalam industri seni suara.

Ada yang tidak bersetuju dan ada juga cuba menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Sungguh pun begitu, tidak kurang ramai juga yang mengucapkan tahniah padanya dan tidak sabar untuk mendengar hasilnya.

Kakigosip juga rasa tak sabar untuk mendengar lagu tersebut dan hopefully catchy seperti lagu DSV.
ot;1" />
Powered by Blogger.