Berita Terkini
recent

Gelagat Yusuf Sambut Parti Hari Jadi Cuit Hati

Pada baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal, Hanis Zalikha dan dan pasangannya Hairul Azreen telah mengadakan sebuah majlis besar-besaran dan meriah bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama buat anak lelaki comel kesayangan mereka, iaitu Yusuf Iskandar.

Majlis yang sememangnya cukup meriah itu telah diadakan bertempat di Blokke Cafe Playhouse Shop, Petaling Jaya.

Gelagat anak sulung Hairul dan Hanis ketika menyambut majlis ulang tahun kelahirannya yang pertama sememangnya mencuit hati netizen.

Ragam Yusuf kelihatan amat gembira sekali bermain dan berseronok itu dilihat menerusi video dan juga beberapa foto yang dimuatnaik di akaun Instagram theyusufiskandar semalam.

Selain itu, mimik wajah Yusuf ketika bergambar serta kapsyen lucu yang ditulis pada setiap entri menarik perhatian pengikut instagramnya.

Walaupun Yusuf telah menyambut hari jadi pertama pada 3 Jun lalu, namun disebabkan jadual kerja yang padat Hanis atau lebih mesra dengan panggilan Kek Nis ini baru berpeluang mengadakan majlis itu semalam.

Selain itu juga, di ruangan komen di laman instagram Yusuf juga turut dipenuhi dengan ucapan selamat hari jadi daripada para peminat yang tidak putus-putus memuji kecomelan dan telatah Yusuf yang sentiasa mencuit hati itu.

Dalam pada itu, netizen juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari jadi kepada Yusuf dan mendoakan supaya menjadi anak yang soleh dan sihat selalu.
Powered by Blogger.