F Gangnam Style Bukan Lagi No. 1 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Gangnam Style Bukan Lagi No. 1

‘Gangnam Style,’ video muzik yang mencetuskan kegilaan menari di peringkat global dan menjadi viral sehingga hampir ‘memecahkan’ YouTube akhirnya disingkirkan daripada puncak video paling banyak ditonton.

Selepas empat setengah tahun menjadi video YouTube paling banyak ditonton, ‘Gangnam Style’ jatuh ke tangga kedua digantikan oleh ‘See You Again,’ persembahan Wiz Khalifa dan Charlie Puth.

Pencapaian ‘Gangnam Style,’ yang mengisahkan kehidupan penduduk daerah Gangnam di Korea Selatan turut mengejutkan penyanyinya, Psy yang sebelum itu tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan.

Video itu menjadi yang pertama mencecah 1 bilion tontonan di YouTube sehingga menyebabkan jurutera laman berkenaan bertungkus-lumus membuat perubahan apabila ia mencapai 2.1 bilion tontonan.

Lewat kelmarin, ‘Gangnam Style’ yang ditonton sebanyak 2.895 bilion kali di YouTube, jatuh ke tempat kedua, di bawah ‘See You Again.’
ot;1" />
Powered by Blogger.