Berita Terkini
recent

Gambar 'aksi terlampau' bukan berlaku di Malaysia

Satu gambar pasangan sedang melakukan hubungan seks disebarkan oleh orang ramai, yang didakwa berlaku di tepi laluan motosikal lebuh raya Changkat Kledang, Jawi, Pulau Pinang.

Gambar aksi pasangan yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu dimuat naik ke sebuah portal berita selepas seorang pembaca mengirimnya melalui emel kerana berang dengan kelakuan terkutuk itu ketika melalui lebuh raya berkenaan.

Pihak polis menafikan penyebaran gambar, kononnya sepasang suami isteri melakukan hubungan seks secara terbuka yang didakwa berlaku di tepi lebuh raya di Changkat Kledang, Jawi, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, gambar itu bukan dirakamkan di Pulau Pinang.

“Tempat kejadian seperti dalam gambar itu bukan di Malaysia. Lebuh raya kita tidak ada pagar berwarna hijau dan kedudukan tembok serta kereta juga menunjukkan bukan di dalam negara ini.

“Kita juga tidak menerima sebarang laporan kejadian tersebut dan tidak mengambil keterangan mana-mana pihak termasuk pasangan yang dikatakan tinggal di Jelutong,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.