Berita Terkini
recent

Fiza (Elite) Kongsi Foto Mesra Bersama Suami Baru

Perkongsian gambar Fiza Halim dengan seorang lelaki di laman sosial Instagramnya menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Selain kelihatan mesra, kapsyen yang dimuat naik Fiza juga seolah-olah menggambarkan dia kini sudahpun kembali bergelar isteri kepada lelaki yang dikenali sebagai Jefri.

Memetik laporan Utusan online, bekas anggota kumpulan Elite ini bagaimanapun tidak menolak yang lelaki tersebut merupakan suaminya kini.


Namun, dalam waktu ini menurut Fiza dia tidak akan berkongsi apa-apa memandangkan suaminya itu kini sedang berada di hospital.

Sementara itu, menerusi laporan mStar online, difahamkan Jefri merupakan seorang juruterbang yang juga duda anak tiga. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Fiza selepas mengalami dua kegagalan.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, dia dikurniakan dua anak, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 10, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq,9.

Selepas itu, Fiza kembali mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Adam pada September 2013.

Bagaimanapun perkahwinan ini hanya bertahan selama tujuh bulan sebelum mereka bercerai buat kali pertama. Fiza dan Adam mengambil keputusan untuk rujuk selepas tiga bulan bercerai, namun setahun kemudian mereka disahkan bercerai buat kali kedua.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.