F Fazura ‘Dipilih’ Menjadi Wanita Terindah Fattah? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Fazura ‘Dipilih’ Menjadi Wanita Terindah Fattah?

Keserasian antara pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin tidak perlu dipertikaikan lagi sehingga ada peminat mula melabelkan mereka berdua sebagai pasangan romantik.

Lebih-lebih lagi, gandingan mereka menerusi drama Hero Seorang Cinderella mencetuskan fenomena dan mencatat kejayaan yang agak luar biasa.


Kini, peminat #FattZura boleh kembali menyaksikan gandingan hebat kedua pelakon berkenaan buat kali kedua menerusi drama terbaru Wanita Terindah.

Ketika itu, peminat tambah gembira apabila Fattah turut berkongsi dengan memuat naik foto skrip drama tersebut dan menarik lebih 47000 tanda suka, namun Fattah telah menutup ruangan komen.

Fazura juga ada memuat naik fotonya dengan kapsyen memberitahu beliau membawakan watak Nuryn Nafeesa dan sekali gus mengesahkan beliau adalah heroin drama Wanita Terindah.


Khabarnya penggambaran drama Wanita Terindah sudah bermula sejak beberapa hari lepas.

Skrip drama tersebut ditulis oleh Rafidah Abdullah yang sebelum ini menulis beberapa skrip bagi filem popular seperti Gol dan Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang, Kami Histeria dan Manisnya Cinta di Cappadocia.

Pasti sekali lagi penangan hebat daripada pasangan ini akan menjadikan Wanita Terindah lakonan romantis antara Fattah Amin dengan Fazura yang telah mendapat keserasian bersama setelah banyak meluangkan masa sepanjang pengambaran drama Hero Seorang Cinderella.

Harapnya semoga drama terbaru ini sama hangatnya seperti drama lakonan Fattah dan Fazura sebelum ini. Sama-sama kita nantikan.
ot;1" />

Powered by Blogger.