Berita Terkini
recent

Fazli Zainal Sangkal Dakwaan Terkena Sihir

Nampaknya ada perkara yang kurang enak menimpa penyanyi Fazli Zainal yang dikhabarkan mengalami kesakitan teruk pada kedua-dua belah tapak kakinya dua hari menjelang Syawal sehingga ada yang menyangka dia terkena buatan orang.

“Kaki mula rasa sakit dua hari sebelum hari raya tapi waktu itu saya tidak ambil serius sangat. Namun, pada pagi 1 Syawal kaki semakin sakit dan kebetulan pula saya ada persembahan di program MHI.

“Kemungkinan saya berdiri terlalu lama ketika menjadi pengacara Mood Republik yang diadakan di empat buah lokasi sepanjang bulan Ramadan.

“Sepatutnya saya ditahan wad sekiranya kaki tak baik selepas tiga hari tapi saya minta untuk berehat di rumah saja.

“Tak sangka pula keesokkan hari kaki semakin teruk dan bengkak seperti dicucuk paku. Saya terpaksa menderita selama seminggu tidak boleh berjalan.

“Alhamdulillah selepas saya makan ubat ikut masa dan rendam kaki dalam air garam, bengkak mula surut dan boleh jalan semula, tetapi tak sangkasekarang ni sakit datang balik,” jelasnya.

Dakwaan dia terkena sihir disangkal Fazli kerana dia sendiri tidak tahu sama ada berkaitan dengan buatan orang atau tidak. Tetapi dia lebih percaya pada hospital dan ubat yang doktor berikan sahaja.

Berikutan itu, menurut Fazli lagi, dia hanya bersangka baik dan menganggap dirinya bukanlah artis yang popular yang perlu di dengki. Dia berkata lagi supaya percaya pada rezeki masing masing.
Berbalik kepada karier nyanyian, Fazli kini sibuk mempromosikan lagu terbaru bersama Bob Yusof berjudul Kurnia ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik Ahmad Fedtri Yahya.
Powered by Blogger.