Berita Terkini
recent

Fattah Amin Seperti Gong Yoo, Layak Jadi Hero ‘Coffee Prince’

PEMINAT aktor Korea Selatan, Gong Yoo yang menghantar petisyen membantah penglibatan Fattah Amin untuk menjadi hero drama adaptasi dari negara itu, Coffee Prince tidak mendapat sambutan.

Menerusi semakan di laman web Gopetition, petisyen yang dihantar ke syarikat produksi drama berkenaan, Cube Film Sdn Bhd itu hanya mendapat 326 tanda tangan.

Bagaimanapun selepas Fatah dihentam gara-gara dia mahu berlakon dalam drama itu versi Melayu, ada pula pihak yang membela nasibnya.

Sekumpulan peminat yang menggelar diri mereka sebagai Team 5Angels turut melakukan langkah serupa dengan membuat petisyen bagi menyokong Fattah membintangi dalam drama tersebut yang sehingga kini mendapat kira-kira 2,098 tanda tangan.

Ini bermakna petisyen menyokong pelakon itu melebihi jumlah yang menolaknya bagi memegang watak sebagai Choi Han Kyul.

Malah menerusi petisyen berkenaan Team 5Angles turut menyenaraikan sepuluh sebab mengapa Fattah sesuai untuk memegang watak dalam drama berkenaan yang akan diarahkan oleh Micheal Ang.

Antara alasan diberikan ialah Fattah mempunyai rupa paras hampir sama dengan Gong Yoo selain ketinggian yang sepadan dengan karekter tersebut.

Fattah dan Gong Yoo juga memiliki peminat yang ramai termasuk di medium laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram sehingga mereka sentiasa menjadi perhatian dan fenomena.
Antara alasan lain yang disenaraikan adalah Fattah juga pemenang anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0), selain Pelakon Lelaki TV Popular yang mempunyai pengikut 2.2 juta di Instagram.

"Fattah juga mempunyai imej bersih dan menjadi contoh kepada ramai orang selain keramahan dan sikap positifnya ketika menghadapi kontroversi cukup baik," tulis Team 5Angles lagi.

Coffee Prince versi Melayu turut menampilkan Janna Nick yang memegang watak sebagai Go Eun Chan.

Berikut ialah 10 sebab kenapa Fattah layak berlakon dalam drama Coffee Prince versi Melayu yang disenaraikan oleh Team 5Angels dalam petisyen mereka.

1. Fizikal Fattah mempunyai persamaan malah dia mempunyai rupa dan ketinggian yang sepadan dengan peranan untuk watak itu.

2. Fattah dan Gong Yoo duta produk Oppo: Ia akan memberi tambah nilai kepada pihak produksi untuk mempromosi produk itu terutamanya di Singapura dan Brunei.

3. Sokongan peminat: Fattah adalah jenama yang kuat di Malaysia selepas kejaayannya menerusi drama seperti Suri Hati Mr. Pilot dan Hero Seorang Cinderella sehingga ia menjadi trending di laman sosial.

4. Fattah adalah pemenang pelbagai anugerah termasuk Bintang Paling Popular; Pelakon Lelaki TV Popular; Gandingan Serasi Drama; Artis Sensasi; Selebriti Lelaki Paling Bergaya; Anugerah Top Top Meletop (Lelaki); Fesyen Meletop; Bintang Online Meletop dan Pelakon TV Lelaki Meletop.

5. Pengikut di Instagram seramai 2.2 juta (dan sedang meningkat).

6. Pelakon serba boleh: Fattah semakin bagus dalam lakonannya terutama dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, Hero Seorang Cinderella, Bayangan Emilia dan banyak lagi.

7. Keserasian baharu di antara Janna dan Fattah yang dapat menarik perhatian penonton termasuk peminat mereka.

8. Fattah mempunyai imej yang bersih selain sikap positif dan rendah dirinya terutama ketika dilanda kontroversi, menjadi contoh kepada ramai pengikutnya.

9. Fattah mengamalkan kehidupan sihat malah dia mempunyai pusat kecergasannya sendiri dan kafe termasuk menulis buku.

10. Dia juga dikenali sebagai penyanyi menerusi dua lagu hit iaitu Wanita Terakhir dan Cinderella.

=
Powered by Blogger.