Berita Terkini
recent

Fathia Latiff Buka Tudung Di Majlis Rumah Terbuka?

Baru-baru ini kecoh seketika apabila pelakon popular Fathia Latiff dikatakan telah membuka tudung di sebuah majlis rumah terbuka.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan media tempatan, Fathia memohon maaf jika ada pihak berasa tidak senang melihat dia tidak bertudung.

Menurut pelakon itu, gambar tersebut dirakam oleh salah seorang rakannya ketika dia menghadiri majlis rumah terbuka saudaranya baru-baru ini.

“Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir. Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung.

“Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak lagi memakai tudung,” katanya.

Pelakon cantik itu turut meminta doa daripada netizen supaya terus kuat dan istiqomah apabila berdepan dengan pelbagai dugaan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.