F Ezlynn Terkejut Suami Setuju Bercerai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ezlynn Terkejut Suami Setuju Bercerai

Menerusi laporan Utusan online, penyanyi Ezlynn mengakui amat terkejut apabila dimaklumkan suaminya Adam Fahmy bersetuju untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah.

Adam yang juga pengurus peribadi penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye itu sebelum ini enggan melepaskannya selepas permohonan perceraian itu dibuat olehnya tanpa menuntut sebarang hak.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan mendengar keputusan cadangan perjanjian bagi ke­dua-dua belah pihak.

Pada 30 Mei lalu, akhbar melaporkan kedua-dua belah pihak telah melantik ahli keluarga masing-masing sebagai Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi mengatasi masalah tersebut.

Ezlynn yang pernah mengacarakan program realiti, Men­tor sebelum ini memfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Januari lalu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011, namun sehingga sekarang mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
ot;1" />
Powered by Blogger.