F Ezlynn Dan Suami Akhirnya Bercerai Cara Baik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ezlynn Dan Suami Akhirnya Bercerai Cara Baik

Spekulasi keretakan rumah tangga penyanyi, Ezlynn sudah mula kedengaran dan akan menemui titik nokhtah apabila suaminya, Adam Fahmy Shamsudin bersetuju untuk bercerai secara baik.

Namun ketika itu, Ezlynn tidak pernah bercerita mengenainya dan sering mengelak apabila ditanyakan kebenaran kontroversi tersebut.

Perceraian yang berlaku menoktahkan rumah tangga yang terbina selama ini dan menjawab segala persoalan yang bermain di minda orang ramai.

Terdahulu, peguam plaintif Izyan Hazwan Ahmad yang mewakili Ezlynn memaklumkan defenden sedang mencadangkan penyelesaian.

Peguam, Ahmad Nazib Johari mengesahkan perkara itu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.


Menurutnya, pihaknya diarah oleh Adam untuk mencadangkan beberapa penyelesaian bagi diselesaikan secara baik.

Beliau turut mengarahkan kedua-dua pihak masukkan perjanjian itu kepada mahkamah semingu sebelum tarikh 21 Ogos sebutan semula.
ot;1" />
Powered by Blogger.