F Ezad tak menyanyi kerana gastrik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ezad tak menyanyi kerana gastrik

PENYANYI Ezad Lazim, 37, terpaksa membatalkan persembahannya ketika rakaman program #MuzikaEkstravaganza2017 di Singapura minggu lalu selepas diserang gastrik kronik atau ‘gerd’ dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng, di sana.

Pengurus Besar MVM Production, Hadi Rumnan iaitu syarikat penerbitan yang dinaungi Ezad berkata, penyanyi lagu Demi Cinta itu diserang penyakit itu ketika dia berlatih untuk program yang membabitkan artis Malaysia dan Singapura itu.

“Kami ke Singapura pada 3 Julai lalu dan keesokan Ezad menjalani ‘soundcheck’. Pada 5 Julai dia berlatih dan rakaman program dijalankan keesokannya.

“Pada awal latihan, dia masih okay. Bagaimanapun dia mula mengalami masalah itu apabila jadual makannya terganggu dan kebetulan produksi program itu tidak menyediakan makanan,” katanya.

Hadi berkata, situasi itu menyebabkan Ezad tidak dapat makan pada waktu yang tetap.

“Kebetulan isterinya tidak dapat bersama ke Singapura untuk menjaga makan minumnya secara teratur dan Ezad hanya ditemani pembantu peribadinyaa.

“Dalam penerbangan ke Singapura juga tidak disediakan makanan. Tanpa rehat yang cukup, penat dan waktu makan tidak menentu mengganggu kesihatan Ezad sehingga dia mengalami ‘gerd’ yang teruk.

Dalam keadaan itu, Ezad akan mengalami muntah-muntah hingga membuatkan tubuhnya lemah.

Hadi berkata, berikutan keadaan kesihatan Ezad yang makin teruk, dia terpaksa dimasukkan ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Syamel.

Menurut Hadi, Ezad dibenarkan keluar dari hospital berkenaan Sabtu lalu dan kini sedang berehat di rumahnya di sini.

Difahamkan, keadaan Ezad masih lemah.

Hadi berkata, Ezad sepatutnya dimasukkan ke hospital di sini, tetapi dia enggan.

“Dua kali saya bawa Ezad ke hospital tetapi dia menangis dan berkeras tidak mahu dimasukkan ke wad. Katanya dia fobia, tidak selesa dan takut.

“Kini dia berada di rumah dan tidur saja. Mereka yang menghidap gerd perlu jaga waktu makan, tak boleh tertekan kerana apabila tertekan tubuhnya akan mengeluarkan sejenis asid yang menjadikan perut berangin dan akan muntah,” katanya.
ot;1" />

Powered by Blogger.