Berita Terkini
recent

Elly tidak terkejut Azmi 'minta dikurangkan'

PENYANYI Elly Mazlein menganggap pengurangan nafkah anak yang diminta bekas suaminya, pengarah drama Azmi Hatta dari RM1,500 kepada RM500 sebulan sebagai tidak masuk akal.

Menurut Elly, bayaran nafkah anak sebanyak RM500 yang diminta Azmi itu tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup anak mereka ketika ini.

"Bayangkan bayaran untuk suntikan imunisasi anak saja sudah mencecah RM400 sebulan. Ia belum termasuk kos sara hidup lain seperti bil hospital ketika anak sakit, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya," katanya.

Elly berkata, dia tidak terkejut dengan permintaan Azmi yang dikemukakan menerusi peguamnya itu kerana sudah menyangka dia akan berbuat sedemikian.

"Sebenarnya, saya sudah tahu permainannya. Sebab itu saya hanya ketawa ketika majlis sulh selesai, hari ini.

"Saya juga tidak boleh terima alasannya (Azmi) untuk meminta pengurangan bayaran nafkah anak kami itu kerana tidak mampu," katanya.

Elly berkata demikian ketika dihubungi selepas majlis sulh yang turut dihadiri Azmi dan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang di sini, jam 2.30 petang tadi.

Elly berkata, dia percaya Azmi mampu untuk membayar nafkah anak mereka seperti yang diputuskan mahkamah sebelum ini.

"Justeru, tiada kata sepakat dicapai pada majlis sulh petang tadi dan kes ini akan dibicarakan semula depan hakim pada 8 Ogos nanti," katanya.

Elly dan Azmi berkahwin berkahwin pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia setahun empat bulan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.