Berita Terkini
recent

Elfira Loy, Sufian Suhaimi Kahwin Tahun Depan

Jumaat lalu sebuah foto keluarga pelakon dan penyanyi, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi telah tersebar di laman media sosial yang mengatakan gambar tersebut diambil ketika majlis merisik Elfira oleh keluarga Sufian dan ada juga yang mengatakan mereka sudah bertunang

Berita itu sememangnya benar apabila didapati gambar yang tersebar itu datangnya daripada Elfira dan Sufian sendiri setelah mereka memuat naik gambar tersebut pada Jumaat malam yang lalu tetapi ianya bukanlah majlis pertunangan seperti yang dihebohkan tetapi ia hanya sebuah majlis merisik.

Elfira telah berkongsi rasa gembiranya di akaun instagram miliknya dan di ruangan kapsyen juga dia sempat untuk meminta doa yang baik-baik daripada semua.



“Today is a good day for me, seeing my loved ones happy, makes me the happiest girl alive.


Allah is the best of planners
Thank you for today everyone ❤


Mengharapkan doa yang baik-baik kerana tujuannya juga untuk pengakhiran yang baik-baik , Amin.
*cryingsootouching*,” tulis kapsyennya.

Menurut sebuah portal hiburan, Sufian menyatakan keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya ini dibuat selepas hubungan mereka berdua telah mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak.

“Majlis pagi tadi (Jumaat) hanya merisik sahaja bukan bertunang. Ia dihadiri keluarga saya dan Elfira sahaja.


“Ia perkara yang baik dan elok dipercepatkan terutama kedua-dua keluarga sudah merestuinya. Saya adalah orang yang sangat gembira apabila bersamanya,” ujarnya.

Elfira telah menerima sebentuk cincin tanda dirinya sudah dirisik oleh Sufian pada majlis tersebut.

Apabila ditanya tentang perancangan tentang bila mereka akan mendirikan rumah tangga, sufian berkata detik itu mungkin akan berlangsung pada tahun hadapan.

“Buat masa ini belum ada tarikh yang pasti, namun bukanlah dalam masa terdekat atau tahun ini.


“Insya-Allah kalau dilancarkan kemungkinan pada tahun depan,” ujarnya lagi.

Semoga hubungan mereka yang telah direstui oleh keluarga mereka ini dipermudahkan segala urusan sehingga ke jinjang pelamin.
Powered by Blogger.