F Elak Paparazzi, Taylor Swift Sanggup Menyorok Dalam Beg? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Elak Paparazzi, Taylor Swift Sanggup Menyorok Dalam Beg?

'Kehilangan' Taylor Swift sejak beberapa bulan lalu semakin menjadi tanda tanya ramai meskipun dalam tempoh itu ada laporan menyebut pelantun lagu Shake It Off itu kini sedang berkurung di dalam studio bagi menjalani proses rakaman album terbaharunya.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu kecoh di laman sosial Twitter, Taylor dikatakan muncul di khalayak namun dengan gaya yang cukup privasi.

Memetik laporan Splash News, Taylor mempunyai cara unik mengelak daripada menjadi tumpuan paparazzi. Pada 17 Julai lalu, dia dikatakan keluar dari apartemennya di Manhattan, New York dengan bersembunyi di dalam sebuag beg

Sekeping foto menunjukkan dua orang laki-laki bertubuh besar sedang membawa keluar sebuah beg besar dari apartemen Taylor. Kapsyen gambar menyebut penyanyi itu bersembunyi dalam beg tersebut.

..

"Taylor Swift dibawa menggunakan sebuah bagasi besar dari apartemen Tribecca ke dalam trak-nya.

"Sederet kenderaan termasuk dua cadillac besar dan tiga SUV tiba di apartemen Taylor Swift di Tribecca untuk memindahkan beg besar itu. Sekumpulan pengawal peribadi juga kelihatan membantu memindahkan beg berkenaan dengan cukup berhati-hati,"

Tidak lama selepas khabar tersebut tersebar, pihak agensi Taylor Swift mengesa media berkenaan menurunkan berita tersebut. Agensi menyifatkan berita itu sama sekali tidak benar.
ot;1" />
Powered by Blogger.