Berita Terkini
recent

Elak 'Jodohkan' Neelofa & Alif Satar

WAH! belum lagi menjalani penggambaran gandingan hero dan heroin drama baharu berjudul Red Velvet iaitu Alif Satar dan Neelofa sudah disebut-sebuat bakal mencetuskan fenomena baharu.

Bagaimanpun peminat memberi reaksi kurang senang jika ada mana-mana netizen menggabungkan nama Alif dan Neelofa untuk dijadikan hashtag iaitu #Alofa seperti yang dilakukan terhadap #lofattah (Neelofa + Fattah) dan juga #fattzura (Fattah + Fazura).

Menerusi artikel  pada 19 Jun lalu berjudul 'Adakah Alif Satar & Neelofa Mampu Jadi Fenomena?' banyak reaksi negatif dikongsi peminat selebriti ini.

Lebih 200 komen peminat yang marah dan tidak bersetuju dengan penggunaan hastag #Alofa sebagai cara untuk berkempen mempromosikan drama berkenaan.

Antara alasan mereka meminta agar tidak menggunakan hastag tersebut bagi menghormati status Alif yang sudah berkahwin.

Ada juga netizen berkata, lebih baik hastag #IzzatHelena digunakan iaitu nama karakter lakonan pasangan itu.

Para peminat juga percaya bahawa drama tersebut bakal menjadi fenomena biarpun tanpa sebarang rekaan percintaan di luar lokasi seperti drama lain.

Mereka berkata, lakonan Alif Satar dan Neelofa pasti menjadi fokus utama terhadap drama tersebut.

Alif dan Neelofa dijadulakan bakal menjalani penggambaran drama Red Velvet tidak lama lagi.

Red Velvet bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sebelum ini gandingan Alif dan Siti Nordiana dalam drama Dia Semanis Honey menjadi fenomena sehingga ia turut dipentaskan di Istana Budaya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.