Berita Terkini
recent

Eina Azman Berang Dibandingkan Dengan Sajat

Datin Paduka Eina Azman antara selebriti yang aktif di laman sosial dan mempunyai pengikut yang ramai. Telatah anak kembarnya juga mencuit hati dan sering menjadi perhatian netizen.

Walaupun sudah mempunyai dua orang anak, tubuh dan raut wajahnya persis anak dara.
Seperti biasa, artis akan menerima pelbagai komen di ruangan komen sekiranya memuat naik gambar atau video baru. Boleh katakan setiap jam ataupun minit ada sahaja pihak akan memberi pendapat dan boleh menjadi viral di media sosial.

Terbaru, pelakon cantik dan putih gebu itu  turut terkena nasib yang sama apabila memuat naik sebuah video di laman Instagramnya.

Menerusi video yang dikongsi Eina, ramai yang fokus pada pinggangnya yang ramping kalah anak dara.

Seorang individu di Instagramnya menulis komen dengan membuat andaian pinggang Eina cantik kerana menggunakan bengkung Sajat.

“ Mesti pakai bengkung Nursajat ni sebab nampak bentuknya pada baju, ” tulis kapsyen tersebut.
Namun kenyataan itu dibalas kembali oleh Eina yang seolah bengang apabila ada netizen mendakwa pinggangnya ramping kerana bengkung Sajat

“ Salam..Bukan dear. Jangan compare saya dengan dia. Sebab saya pernah preggy. Orang yang pernah beranak dengan yang belum pernah beranak tak sama. Dan saya tak pernah guna dia punya sebab saya punya lain dan lebih baik, ” ujarnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.