Berita Terkini
recent

Ed Sheeran padam akaun Twitter lagi

PENYANYI yang popular dengan lagu 'Shape of You', Ed Sheeran memadam akaun Twitternya buat kali kedua selepas penampilan 'cameo' dalam siri popular televisyen, 'Game of Thrones' mendapat kritikan.

Menurut laporan Malaysian Digest, kali pertama Ed memadam akaunnya adalah pada awal Julai tetapi muncul kembali.

Isnin lepas, beliau memadamkan akaunnya sekali lagi.


Sebelum ini, Ed pernah memberitahu beliau akan berhenti menggunakan media sosial berkenaan sepenuhnya.

"Saya pergi ke sana dan hanya ada orang yang berkata benda-benda tidak elok. Satu komen boleh merosakkan hari anda," kata Ed dalam sebuah temuramah pada 3 Julai lepas.

Di Instagramnya pula, Ed memuatnaik sebuah foto beliau memanjat gunung bersama teman wanitanya.

"Memanjat gunung di Peru," katanya ringkas.
Powered by Blogger.