Berita Terkini
recent

Doktor Masih Cari Punca Sebenar Penyakit Mus (May)

Vokalis kumpulan rock terkenal, Mus May yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kini berada dalam keadaan stabil.

Memetik laporan Kosmo! isteri Mus iaitu Suraya Bahari berkata, hasil pemeriksaan jantung serta otak ke atas suaminya menunjukkan keputusan positif dan stabil.

"Mus masih sedar apabila tiba di hospital cuma dia berada dalam keadaan yang tidak tenang, jadi doktor terpaksa meletakkan dia dalam keadaan koma bagi memudahkan rawatan.

"Saya baru sahaja masuk melihat keadaannya dan semua pemeriksaan jantung serta otak menunjukkan keputusan positif dan stabil," katanya.

Dalam pada itu, Suraya turut memberitahu platlet darah pelantun lagu Sinar itu turun mendadak sehingga angka 8 sehingga doktor terpaksa memasukkan darah ke dalam badan suaminya itu.

"Doktor masih cuba mencari punca sebenar sakit Mus ini jadi doakan tiada apa-apa yang serius," katanya.

Mus dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pada pagi Isnin lalu selepas mengalami demam panas berlarutan sejak Jumaat lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.