Berita Terkini
recent

Dituduh Ambil Kokain, Ini Jawab Kim Kardashian

Segala gerak geri Kim Kardashian memang tidak pernah gagal mencuri perhatian umum. Baik berkaitan fesyen, 'drama' keluarganya sehinggalah foto dan video terbaru yang dikongsi kepada berpuluh juta pengikutnya di media sosial.

Terbaharu, isteri Kanye West itu memuat naik video Insta Story untuk mempromosikan jenama pakaian kanak-kanak miliknya. Tidak lama selepas berkongsi video tersebut, namanya heboh sekaligus menjadi perbincangan hangat netizen.

Jika sekali tengok, tiada apa yang terlalu istimewa atau pelik dengan dengan foto tersebut. Bagaimanapun segelintir KLovers (gelaran untuk peminat) menyedari ada sesuatu di meja hita yang berada di belakang personaliti TV sensasi ini. Kelihatan seperti serbuk putih dan lantas mengundang rasa curiga peminat.

Timbul dakwaan, ibu anak dua ini kononnya baru saja selepas melakukan aktiviti terlarang, mengambil dadah jenis kokain sebelum membuat video tersebut.

Tidak mahu spekulasi terus berlarutan, Kim akhirnya memberi penjelasan mengenai'serbuk putih' tersebut.

Menerusi akaun Twitternya, Kim menjelaskan bahwa 'serbuk putih' itu adalah sisa gula daripada permainan anaknya, North West.

"Saya tidak mahu terus diperkatakan dengan gosip sebegini, jadi saya akan beri penjelasan. Itu cuma gula dari kedai gula-gula Dylan," tulisnya.

Kebetulan, beberapa hati sebelum itu, Kim dikatakan ada membawa anaknya ke sebuah kedai di New York.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, Kim kembali memberikan penjelasan berbeza.

Kali ini mnerusi akaun Snapchat, Kim menjelaskan 'serbuk putih' itu sebenarnya adalah corak marmar daripada meja tersebut.

"Okay semua, saya baru saja balik semula ke bilik hotel saya. Dan lihat meja itu masih di posisi yang sama dan ia ('serbuk putih') masih ada di situ. Itu ialah corak marmar!

"Saya tidak pernah mengambil benda (kokain), saya mempunyai dua orang anak. Ia adalah marmar meja dan saya fikir ia adalah sisa gula-gula.
ot;1" />
Powered by Blogger.