F Ditawar Jadi Artis K-Pop, Miyyo Berterima Kasih Kepada Haters | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Ditawar Jadi Artis K-Pop, Miyyo Berterima Kasih Kepada Haters

Meskipun teruk dikutuk netizen gara-gara melakukan pembedahan plastik kerana ingin berwajah persis artis K-Pop, namun jejaka bewajah 'anime', Miyyo Rizone menerima berita baik ditawarkan kontrak daripada agensi bakat yang berpangkalan di Korea Selatan.

Berita tersebut dikongsi sendiri oleh jejaka berusia 21 tahun ini menerusi laman Facebook miliknya, awal pagi Jumaat.

"Thank you kepada haters kerana anda semua telah menaikkan nama saya sebegini rupa," demikian tulis Miyyo pada posting berkenaan.

Usahawan produk kecantikan dari Ketereh, Kelantan itu turut memuat naik paparan skrin e-mel tawaran kontrak daripada syarikat yang beroperasi sebagai label rakaman, pengurusan acara, agensi bakat dan produksi konsert serta penerbitan muzik di laman Facebooknya.

Memetik laporan mStar online, Miyyo dia ditawarkan kontrak tersebut selepas lulus sesi uji bakat menerusi Skype bersama syarikat tersebut pada petang Khamis.

"Ya, tawaran kontrak itu memang benar. Saya amat gembira dan pada masa sama terkejut kerana ditawarkan untuk menjadi artis di negara itu.

"Dalam uji bakat itu saya menyanyikan lagu nyanyian Adele - Million Years. Mereka beritahu kagum dengan nyanyian saya dan menyukai wajah saya," katanya yang enggan mendedahkan nama syarikat tersebut.

Bagaimanapun, Miyyo berkata dia masih belum membuat keputusan sama ada bersetuju menerima tawaran kontrak itu atau sebaliknya.

"Saya memang berminat kerana pernah bercita-cita untuk mengembangkan bakat di negara itu. Namun hati saya masih berbelah-bahagi ketika ini.

"Saya kena fikir betul-betul kerana saya bukan sahaja perlu berjauhan dengan keluarga tetapi untuk bergelar artis di Korea Selatan memerlukan disiplin dan komiten yang tinggi," kata Miyyo yang dihubungi syarikat itu selepas berita mengenai dirinya tular di negara tersebut.

Jelas anak bongsu daripada lapan beradik itu, syarikat tersebut menawarkannya untuk menganggotai sebuah kumpulan K-Pop yang akan ditubuhkan pada musim luruh yang akan datang.

"Saya akan dilatih selama enam bulan sebelum menjadi salah seorang anggota kumpulan K-Pop pada musim luruh nanti.

"Tawaran itu memang menarik dan sukar ditolak kerana syarikat tersebut turut menyediakan tempat penginapan, makanan dan elaun bulanan," katanya.

..

Miyyo berkata dia sudah memaklumkan kepada ibu bapanya mengenai tawaran tersebut dan mereka menasihatkan supaya dia berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan.

Sebelum ini laporan media menyebut, Miyyo atau nama sebenarnya namun Amirul Rizwan Musa melakukan pembedahan plastik sebanyak dua kali dengan kos sekitar RM150,000 kerana serik dan dibuli ekoran wajahnya dipenuhi jerawat yang agak teruk.

Katanya, pembedahan itu dilakukan demi meningkatkan keyakinan diri dan memuaskan hatinya yang sering tertekan kerana diejek ekoran wajahnya yang hodoh.

ot;1" />
Powered by Blogger.