Berita Terkini
recent

Disney umum dua terajui utama Filem Aladdin

SEJAK Syarikat produksi Disney mengumumkan akan bakal membikin  filem animasi popular Aladdin, kepada 'live action', para peminat tertanya-tanya siapakah bakal melakon dua watak utamanya lapor Huffinton Post

Beberapa nama yang disenaraikan oleh pihak Disney  namun menerima kecaman daripada orang ramai di media sosial, para peminat turut memberikan cadangan beberapa nama sperti Dev Patel dan Riz Ahmed.

Bagaimanapun, semalam Disney mengumumkan dua pelakon yang akan memegang watak 'Aladdin' dan 'Jasmine'  iaitu Mena Massoud dan Naomi Scott ketika  Expo D23 di Aneheim, California.


Manakala, watak 'Genie' pula akan dilakonkan oleh Will Smith.  Perkara tersebut disahkan melalui laman Twitter rasmi milik Disney.

Massoud merupakan pelakon dari Kanada dan pernah membintangi drama 'Jack Ryan', 'Open Heart' dan 'Saving Hope'.

Aktress, Scott pula baru-baru ini membintangi filem 'Power Ranger' dan melakonkan watak 'Kimberly Heart' iaitu Ranger merah jambu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.