Berita Terkini
recent

Disney Belum Jumpa Aladdin

Penerbit filem animasi terunggul, Disney, ketika ini dalam perancangan untuk menghasilkan beberapa filem 'remake live action'.

Namun ada di antara projek mega itu memerlukan perhatian lebih khusus dan salah satunya ialah filem Aladdin.

Laporan media antarabangsa menyebut, Disney bersama sutradara Guy Ritchie telah mengadakan sesi ujibakat secara global untuk mencari calon watak utama di filem muzikal berdasarkan animasi yang pernah ditayangkan sekitar tahun 1992 ini.

Dari London, Mesir, India, hingga Abu Dhabi, sudah sebanyak 2,000 aktor dan aktres yang menjalani sesi ujibakat sebagai Puteri Jasmine dan Aladdin.

Tetapi untuk mencari seorang pelakon Aladdin berusia 20 an yang dapat berlakon dan bernyanyi nampaknya sangat sukar. Tambahan calon aktor tersebut harus berketurunan dari Timur Tengah atau India.

Disney sekarang dilaporkan sedand mempertimbangkan aktres India iaitu Tara Sutaria dan aktres Inggeris brdarah kacukan India Naomi Scott, sebagai calon watak Puteri Jasmine.

Manakala untuk watak Aladdin, pihak studio sedang mempertimbangkan pelakon Riz Ahmed dan Dev Patel. Namu pihak studio, tetap mengutamakan pendatang pemain baru untuk kedua-dua karakter tersebut.

Untuk sementara ini, bintang Will Smith tersenarai sebagai salah satu pelakon untuk filem itu. Beliau akan memainkan peranan sebagai Genie. Jika tiada halangan, proses penggambaran akan bermula pada Ogos depan.
Powered by Blogger.